sahur yang sederhana


alhamdulillah.dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa(masa tulis post ni).kelmarin adalah sahur paling mewah aku dapat sepanjang berpuasa kat kolej,nasi beriani. itulah sahur yang paling mewah pernah aku rasa.bukan kitorang beli pun, nasi tu kitorang tapau makanan masa jamuan malam sebelum tuh.
hari ni aku bersahur dengan menu biasa tapi kurang satu menu, air kotak dutch lady.tak sedar dah habis dan lupa nak beli.makanan lain semua sama, air nescafe 3 in 1 dan kurma. aku dah tak larat nak makan kurma dengan banyak. makan satu je sebab sunnah kalau makan kurma dalam bilangan ganjil. so, satu dah cukup kot.
tak perlu mewah-mewah pun kalau nak bersahur. ada yang bersahur mengalahkan berbuka. dengan segala macam menu siap dengan kuih dua tiga jenis. mana tidaknye, nak kumpul tenaga sampai berbuka. tapi yang hairannya bila dah sampai pukul satu or dua, perut pun rasa pedih juga. cukup la bersahur sekadar mengalas perut dan memberi sedikit tenaga untuk melakukan kerja di siang hari.
dalam konteks bersahur ni, ramai yang liat sangat nak bangun pagi. maklum la kalau bulan tak puasa, bangun pagi untuk solat je.then sambung tidur semula (aku pun sama,hehe). ada yang makan banyak-banyak pukul dua tiga pagi sebelum tidur then terus lelap sampai subuh. mungkin subuh pun tak sedar.sepatutnya bulan puasa ni la paling senang nak bangun solat subuh.
bulan puasa ni kira satu bonus untuk semua umat islam untuk melipat gandakan pahala melalui amalan. bulan ni juga la rasanya paling kurang jenayah dilakukan. maklum la, penjenayah pun nak puasa. bukan susah nak dapat pahala terutamanya masa sahur ni. cukup sekadar melewatkan (bukan sampai lepas subuh) dengan makan or minum sikit je. dan melewatkan sahur nu juga ada hikmahnya, supaya kita tidak tertinggal subuh. kan biasanya subuh gajah atau gajah pun tak sempat jumpa pada hari selain bulan puasa.
eloklah kalau ramai yang bersahur.bangun bersahur pun dapat pahala. mana yang dapat makan mewah di pagi sahur ni, hulur-hulur la kat kitorang kat sini.mana yang makan sekadar alas perut, bersyukurlah kerana masih ada makanan dan minuman yang menyihatkan di pagi hari. bulan puasa ni sama-sama kita kenangkan mereka yang kekurangan makanan terutama saudara kita di palestin yang mungkin mereka menjalani ibadah puasa dengan bersahur dan berbuka dengan air kosong. syukurlah dengan apa jua rezeki di hadapan kita.

p/s:jangan lupa solat subuh pula.
0 Responses