DEBAT PIALA TNC ke-2 UTHM

wadush, penatnye seminggu ni.banyak sangat aktiviti trlibat.assignment pn banyak tak buat lagi. tapi bila satu2 dah setel, lega sikit rasanya. minggu ni tak sempat nak update blog. busy memanjang. ni la baru ada masa nak duduk depan laptop. kebetulan time ni wifi boleh tahan jugak kelajuannya. biasanya time2 cmni tahap kelajuan wifi kat perwira ni akan jadi bahan sumpah seranah mereka yang nak online.

minggu ni ada acara paling best yang berlaku kat UTHM. debat piala TNC baru je berlansung. mempertemukan 8 wakil termasuklah 2 wakil dari Sekolah Islam Hidayah. ini bukan calang2 sekolah. sekolah ni pernah menjuarai pertandingan debat terbuka UIAM. ni antara wakil yang sertai:-
1) KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA 1
2) KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA 2
3) KOLEJ KEDIAMAN TUN DR. ISMAIL
4) KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR
5) KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR
6) PELAJAR TANPA ASRAMA
7) SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 1
8) SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 2

pada kali ini persaingan sememangnya hebat. dengan mempertemukan kesemua pendebat junior yang hebat2, hilang penat lelah selama menjayakan pertandingan ini. saingan paling kuat kali ini diberikan oleh Kolej Kediaman Perwira, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Sekolah Islam Hidayah serta Pelajar Tanpa Asrama. KK Perwira 1 kali ini telah menunjukkan persembahan yang paling hebat apabila berjaya menjuarai kesemua pusingan di peringkat liga. diikuti Pelajar Tanpa Asrama, KK TSN dan Sekolah Islam Hidayah 1.

namun rezeki tak menyebelahi KK Perwira yang diwakili Elly, Anbia dan Fizin apabila mereka tumpas kepada Sekolah Islam Hidayah di peringkat separuh akhir. namun ini bukan bermakna mereka tidak hebat, tetapi mereka telah bertemu sekolah ini di peringkat saringan dan berjaya mengalahkan mereka. KK TSN pula tumpas di tangan pelajar tanpa asrama.

di pentas akhir telah mempertemukan sekolah islam hidayah dan pelajar tanpa asrama. dengan usul MASALAH RUMAH TANGGA: ORANG KE 3 PENYELESAIANNYA iaitu islam hidayah pembangkang dan pelajar tanpa sarama kerajaan. akhirnya setelah pertarungan yang hebat, usul ini diterima dan menobatkan pelajar tanpa asrama menang.tahniah kepada:-
1) fazrina zifa bt zaukani
2) azri bin jaharudin
3) awang mohd nurjihan b awang ali

tahniah kepada semua pendebat. tidak dilupakan juga semua ahli sekretariat debat UTHM yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini terutama pengarah program, saudari Bariah BT Zulkifli. begitu juga jutaan terima kasih kepada hakim,kak fatin,kak yong, azlan, harwin, umol, syafiqah, din, kak mira serta semua runner yang begitu banyak memberikan bantuan.

akhir kata, tahniah kepada yang berjaya juga kepada yang tidak berjaya kali ini. perdebatan bukanlah platform untuk kita berhujah semata-mata, tetapi ruang untuk kita berkongsi maklumat dan mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan isu semasa yang berlaku ketika ini. jangan sesekali berputus asa kerana anda semua akan tahu nanti bahawa CINTA DEBAT ADALAH CINTA LUAR BIASA.


seminggu berhari raya..

( ni la antara member yang dapat datang..thanks to aisyah and pkah..)

seronok memanglah seronok dapat beraya kat rumah..kepada rakan-rakan yang beraya di perantauan, selamat berhari raya.sama je kan raya kat sana. mungkin terasa pilu dipagi raya. takpe, maybe kat sane korang lagi meriah.

dah habis raya ni macam-macam nak kongsi cerita. maklumlah kat rumah tak dapat nak berinternet ni..hehe..kalau nak diikutkan, rumah aku taklah jauh sangat. 5 jam je dari tempat aku belajar. tapi ada masalah sikit yang membuatkan aku sampai hari last puasa.alhamdulillah, dapat lagi berbuka dengan keluarga.

hari raya pertama macam biasalah.pagi2 pekena masakan emak yang best-best belaka, terus badan mula naik lepas turun sikit masa puasa. lepas tu, bersiap-siap pegi sembahyang raya. baju raya tahun ni kaler hijau sebab tema family kaler hijau. bukan aku yang beli, tapi mak aku dah beli siap2 .tak sempat emak nak buat sendiri baju aku tahun ni sebab tempahan banyak sangat.anyway, thank you so much mum..love you so much..

lokasi pertama hari raya biasalah, rumah member aku paling rapat kat kampung. lepas tu, jalan rumah kawan2 yang lain. tahun ni dapat beraya 5 buah rumah member je. yang lain semua takde. tak tahu la kemana diorang. petang raya pertama pulak aku gerak rumah member kelas aku. tak jauh pun. tapi ni seronok sket sebab jumpa balik member mase form5 dulu.

dah besau panjang semuanya. tapi aku 2 kali ganda besar dari dulu.hehe..senang hati kot.yang kurang bestnye tak dapat nak kumpul semua. ada dalam 12 orang je. tapi hilang jugak rindu dengan member2 yang hampir 2 tahun tak jumpa. masa ni la masing-masing macam jejak kasih.haha..

sebelah malam pulak aku beraya kat rumah je. takde sedara mara datang dah sebab diorang dah datang pagi2 raya masa aku dok sibuk beraya sakan. malam tu lepas je isyak aku terus terlelap atas katil. tak sedar pape da. tau-tau dah subuh.lepas tu,(new post...tunggu..)...

HUKUMAN SEBAT DITANGGUH???

ini lah masalahnya kalau susah tidur sebab berjaga lebih timing tidur dan tidur waktu siang lama sangat..terpakasa la duduk depan laptop dan taip macam.(terpaksa ke??)..so,kepada semua jangan la banyak tidur terutamanya bulan puasa ni.


terkebetulan tak boleh tidur ni, tertarik jugak nak crita pasal isu hukuman sebat yang masih lagi ditangguhkan kepada Kartika Sri Dewi Shukarno (panjangnye nama). mungkin ramai tak tahu bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang dijatuhi hukuman sebat ni, tapi ada seorang lagi yang dijatuhi hukuman atas kesalahan sama (sumber:www.alarabia.net).


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5bqDjVc-kcNsSbKqL6TD_du0lXkMhPrJUFxdymyml6vrwKZnRNBgOSrNEvsZAyf7RBhMOgu4B-A5OTJsD9wJGNusjOoexRJC-jzOzxpcXTx0aOkN2gTmkxaovumLKKN_5KjnMi9yW2Q4/s200/noorazah_baharuddin_-_caned_wa_3668_6419.jpg

noorazah baharuddin (gambar atas) iaitu seorang pelayan restoran wanita dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 kali kerana telah meminum arak pada awal januari 2009. ni la first kes dilaporkan menurut Mahkamah tinggi syariah Pahang.


dalam kes kartika pulak, beliau ditangkap bersama suaminya iaitu warga Singapura (dibebaskan) di sebuah kelab malam di pahang dan dikenakan hukuman sebat dan denda RM5000. RM5000 ni beliau dah setelkan.


dalam sibuk-sibuk kita lihat bagaimana mahkamah syariah negeri menjalankan tindakan undang-undang berdasarkan Islam, perlu kita tahu bahawa dijangka pada 25 Sept 2009 akan diadakan acara sambutan ke-250 GUINESS (jenama arak).Malaysia dikatakan antara top10 market terbesar bagi GUINESS ni.apa maknaya sebuah negara Islam?


jadi,kita semua perlu sedar. jangan kerana hal individu yang tidak menguntungkan sesiapa kita besar-besarkan tetapi acara yang dijangka paling besar melibatkan barang diharamkan Islam dilakukan di negara Islam kita diamkan. adakah kerana keuntungan, perlu kita ketepikan hal agama?sama-sama kita martabatkan perjuangan Islam.

wira penduduk Iraq


Muntazer Al-Zaidi (gambar diatas). mungkin nama beliau tidak diketahui atau mungkin kita tidak perasan siapa empunya diri. tapi saya pasti anda semua mesti ingat tentang satu kes yang begitu mengaibkan bekas presiden AS yang telah mengejutkan dunia.

Tindakan berani seorang wartawan televisyen warga Iraq dengan melempar kasut ke arah George W. Bush telah menarik minat semua media. mungkin bagi pro-Amerika menganggap tindakan ini suatu tindakan biadab namun kejadian ini adalah tindakan yang paling ringan layak diberikan terhadap bekas presiden itu.

Bagi penduduk Iraq yang mana hak asasi mereka dicabul sewenang-wenang oleh laknatullah ini menganggap tindakan Muntazer merupakan tindakan yang sangat berani. Penduduk dunia seperti di Indonesia menjadikan simbolik kasut sebagai tanda menghargai tindakan Muntazer.

Malang menimpa Muntazer apabila kasut yang dibaling tidak menepati sasaran iaitu di muka bekas presiden tersebut apabila beliau dipenjarakan. Menurut akhbar tempatan,beliau diseksa sepanjang penahanan dan baru dibebaskan semalam (15 Sept 09) setelah ditahan mulai (14 Dis 08).

Sehingga hari ini warga Iraq masih belum mendapat hak pembelaan asasi mereka. Disebabkan kes pencabulan terhadap mereka dilakukan kuasa veto yang mempunyai suara dan kuasa, kesudahan kejadian menimpa mereka akhirnya meninggalkan parut luka begitu sahaja.

saya juga menyokong tindakan yang dilakukan Muntazer kerana jika kita berada di tempat beliau, pasti kita terfikir untuk melakukan perkara yang lebih dasyat hatta membunuh sekalipun. bayangkan sanak saudara dan kaum keluarga yang tidak bersalah mati di depan mata. adakah anda hanya berdiam diri apabila berpeluang bersemuka dengan pembunuh saudara-mara anda? mungkin hari ini tidak terjadi kepada kita tetapi siapa dapat meramal perkara yang mendatang? renung-renungkanlah.

berbuka di kluang

semalam aku berbuka kat kluang,johor.kawan aku yang ajak berbuka kat rumah abang die di ladang felda paloh. aku ingatkan dekat sebab kawan aku cakap dekat kluang je.rupanya perjalanan panjang bila nak masuk ke ladang tu dengan jalan yang baru diturap tetapi macam takde tar je. maklum la, kenderaan berat bertan-tan lalu kat situ nak angkut buah sawit. tp bersyukur jugak la sebab sebelum ni jalan tanah merah je.

kali pertama aku berbuka kat tempat lain selain asrama dan rumah aku di pahang masa puasa pertama.kira-kira 1 jam setengah dari kolej aku. bukn naik motor,tapi member aku bawak kereta dia. kitorang pergi 7 orang termasuklah aku sekali. tapi bukan datang nak makan je, kitorang beli jugak la makanan kat bazar sebelum pegi rumah abang member aku ni.sekurang-kurangnya x membebankan sangat tuan rumah nanti.

mase balik lepas berbuka dan solat maghrib,kitorang sinngah kat kluang parade dan kluang mall.bukan beli barang nak raya pun.saja singgah nak hilangkan penat sambil cuci mata tengok barang-barang. bila dah pergi mall macam-macam la nak beli tapi nasib baik tak bawak duit banyak. jadi, terkawal juga la nafsu ni.hehe.sampai penat juga la kitorang pusing-pusing mall tu sampai la mall tutup.

masa nak gerak balik,kitorang singgah kat raiways coffee.pekena kopi dulu sebelum gerak. rasa kopi boleh tahan la dan harga pun tak mahal. macam dekat kedai biasa la tapi ada government tax. kitorang dah tinngal 4 orang sebab yang lain naik kereta lain. mata dah segar dan air pun dah habis, kitorang gerak balik kolej.sampai kolej dalam pukul 11.50 malam. assignment pun banyak lagi tak siap. lepas je solat terus buat kerja.

rasa seronok la dapat berbuka bersama dan tak sabar nak balik rumah. aku cuti start hari last puasa.sekurang-kurangnya dapat juga balik dan akan merasa berbuka kat rumah. pakain untuk raya dan keperluan lain belum cari lagi ni.harap-harap ada la yang sudi belikan.hehe..
ok la.nak sambung buat kerja lagi ni. nanti aku akan post lagi banyak cerita..bye..


sahur yang pilu.

kali ni sahur yang agak mengecewakan.biasanya aku dah prepare makanan untuk sahur tp disebabkan semalam kafe kat kolej aku buka, so pagi ni ingat boleh bersahur kat kafe. baru je turun abg kafe dah apologise kat kitorang sebab nasi takde.katanya sebab semalam tak ramai yang turun sahur. sedih juga la.nasib baik ada sikit biskut tiger dalam locker.

agaknya la kan, patut ke aku hantar surat tak bernama kat kafe kolej aku nak inform diorang tentang masakan diorang. bukan nak menjatuhkan diorang tapi nak bantu supaya diorang dapat upgrade masakan.baru la student ramai nak beli. contohnya, air diorang memang kurang memuaskan.bayangkanlah kalau teh o tu warnanya macam air putih je.takde pun rasa teh.nescafe pun macam tu juga.masa nak bayar cashier ingat aku beli air teh ais.pucat sangat warna air dia.

mungkin mereka masih baru dalam perniagaan tapi yang bagusnya diorang ni macam orang baik-baik dan beragama.alhamdulillah sebab mungkin kurang ragu-ragu tentang status makanan dan kebersihan diorang. tapi,mereka agak kurang mesra buat permulaan ni. pada pendapat aku la kan, nak tarik pelanggan mesti la kene ramah dan senyuman kena ada. ini tidak,kalau tengah beli sorang-sorang kat kafe diorang tak tegur pun dan bila kitorang buat-buat ramah bertanya, diorang jwb ringkas je.

mungkin perlu tunggu untuk mereka ambil masa nak sesuaikan diri dengan pelajar kat sini.tengok la lepas raya nanti macam mana. kalau mereka masih lagi macam ni, alamatnya perwakilan pelajar pulak akan sound diorang. kalau ada sesiapa yang berani boleh la slow talk dengan diorang.aku bukan tak berani tapi aku tak berapa selesa.hehe.ok la.ni kira luahan rasa sebab dah dua kali minum air dan makan tak berapa memuaskan.

kepada yang masih gagah perkasa selamat berjuang di jalan ALLAH di bulan ramadan ni.kepada yang dah kecundang, renungilah balik apa yang korang dah buat.ramadan dah nak sampai ke penghujung. pahala masih kurang dan dosa semakin bertimbun.banyak-banyakkanlah beribadat dan saling mengingati kepada yang terleka.maaf kalau ada sesiapa terasa tapi aku buat ni untuk kepentingan bersama.

p/s:jangan tinggal ibadah wajib ye.

minyak oh minyak

sempena kemerdekaan yang ke-52 baru-baru ni, seluruh rakyat Malaysia mendapat 'hadiah' amat bermakna yang mana kerajaan telah mengumumkan kadar baru bagi kenaikan harga minyak. untuk minyak RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala bagi RON 97 dijual pada harga RM1.80 kepada RM2.05.kadar baru ini telah berkuat kuasa di semua stesen minyak di Malaysia pada 02/09/09.

walaupun kadar kenaikan harga ini tidaklah begitu ketara seperti yang telah berlaku pada pertengahan tahun 2008 iaitu sebanyak 41%(petrol RM0.78, diesel RM1.00) namun ianya memberi kesan drastik kepada semua rakyat Malaysia.kenaikan harga ini adalah kenaikan yang paling tinggi pernah berlaku di negara kita. golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dikatakan mengalami kesan paling buruk.mana tidaknya bila semua harga barang turut melambung naik berikutan kos bahan api tinggi. apa yang menjadi permasalahannya ialah harga barang ini tidak akan turun lagi walaupun ada penurunan terhadap bahan api.

setelah berlaku perdebatan antara Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Shaberi Chik serta Anwar Ibrahim berkenaan kenaikan harga minyak ini, rakyat dapat menerima keadaan yang berlaku kerana sudah tiada pilihan lain. keputusan ini telah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk menempelak pentadbiran yang dilakukan parti pemerintah ketika ini. antara lainnya, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah yang sudah tidak mendominasi 2/3 dewan selepas PRU ke-12 awal 2008 berlansung. kenaikan ini dikatakan tidak menepati status negara kita sebagai negara pengeluar minyak berbanding negara yang terpaksa mengimport minyak untuk kegunaan domestik mereka.

semetelahan itu, kenaikan harga minyak baru-baru ini dikatakan ada rasionalnya. dengan kenaikan minyak di pasaran dunia, kerajaan terpaksa menampung harga subsidi yang lebih tinggi untuk setiap liter bahan api. kerajaan telah menetapkan harga subsidi tetap terhadap bahan api ialah 30 sen per liter. namun begitu, kadar subsidi yang ditanggung ketika ini melebihi kadar itu dan ianya perlu untuk berlaku sedikit perubahan. kita perlu faham bahawa kadar kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana walaupun kita adalah sebuah negara pengeluar minyak, tetapi kita bukanlah negara APEC yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak ini.

walaupun kenaikan minyak jenis RON97 begitu ketara, namun kita masih lagi mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak jenis RON 95 yang harganya sama dengan harga moinyak RON 97 sebelum ini. sebenarnya ini adalah usaha pihak kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat negara ini yang begitu terkesan dengan kenaikan harga minyak ketika ini. diharapkan badan-badan tertentu seperti Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) bertindak lebih proaktif yang berperanan sebagai rujukan kerajaan terhadap keperluan rakyat Malaysia.

diharap kita jangan mudah melatah dan menyalahkan mana-mana pihak kerana setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. mungkin kita sebagai rakyat Malaysia begitu kecewa dengan apa yang berlaku, namun kita perlu yakin bahawa semua pihak bukan hanya berdiam diri dalam kes ini. kita sebagai rakyat punya suara namun kita salurkan kepada pihak yang terbabit. hanya dengan musyawarah dapat menjernihkan keadaan. tidaklah perlu berdemonstrasi kerana itu akan mendatangkan kerugian yang lebih besar.

salam ramadhan yang ke-13.