minyak oh minyak

sempena kemerdekaan yang ke-52 baru-baru ni, seluruh rakyat Malaysia mendapat 'hadiah' amat bermakna yang mana kerajaan telah mengumumkan kadar baru bagi kenaikan harga minyak. untuk minyak RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala bagi RON 97 dijual pada harga RM1.80 kepada RM2.05.kadar baru ini telah berkuat kuasa di semua stesen minyak di Malaysia pada 02/09/09.

walaupun kadar kenaikan harga ini tidaklah begitu ketara seperti yang telah berlaku pada pertengahan tahun 2008 iaitu sebanyak 41%(petrol RM0.78, diesel RM1.00) namun ianya memberi kesan drastik kepada semua rakyat Malaysia.kenaikan harga ini adalah kenaikan yang paling tinggi pernah berlaku di negara kita. golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dikatakan mengalami kesan paling buruk.mana tidaknya bila semua harga barang turut melambung naik berikutan kos bahan api tinggi. apa yang menjadi permasalahannya ialah harga barang ini tidak akan turun lagi walaupun ada penurunan terhadap bahan api.

setelah berlaku perdebatan antara Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Shaberi Chik serta Anwar Ibrahim berkenaan kenaikan harga minyak ini, rakyat dapat menerima keadaan yang berlaku kerana sudah tiada pilihan lain. keputusan ini telah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk menempelak pentadbiran yang dilakukan parti pemerintah ketika ini. antara lainnya, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah yang sudah tidak mendominasi 2/3 dewan selepas PRU ke-12 awal 2008 berlansung. kenaikan ini dikatakan tidak menepati status negara kita sebagai negara pengeluar minyak berbanding negara yang terpaksa mengimport minyak untuk kegunaan domestik mereka.

semetelahan itu, kenaikan harga minyak baru-baru ini dikatakan ada rasionalnya. dengan kenaikan minyak di pasaran dunia, kerajaan terpaksa menampung harga subsidi yang lebih tinggi untuk setiap liter bahan api. kerajaan telah menetapkan harga subsidi tetap terhadap bahan api ialah 30 sen per liter. namun begitu, kadar subsidi yang ditanggung ketika ini melebihi kadar itu dan ianya perlu untuk berlaku sedikit perubahan. kita perlu faham bahawa kadar kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana walaupun kita adalah sebuah negara pengeluar minyak, tetapi kita bukanlah negara APEC yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak ini.

walaupun kenaikan minyak jenis RON97 begitu ketara, namun kita masih lagi mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak jenis RON 95 yang harganya sama dengan harga moinyak RON 97 sebelum ini. sebenarnya ini adalah usaha pihak kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat negara ini yang begitu terkesan dengan kenaikan harga minyak ketika ini. diharapkan badan-badan tertentu seperti Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) bertindak lebih proaktif yang berperanan sebagai rujukan kerajaan terhadap keperluan rakyat Malaysia.

diharap kita jangan mudah melatah dan menyalahkan mana-mana pihak kerana setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. mungkin kita sebagai rakyat Malaysia begitu kecewa dengan apa yang berlaku, namun kita perlu yakin bahawa semua pihak bukan hanya berdiam diri dalam kes ini. kita sebagai rakyat punya suara namun kita salurkan kepada pihak yang terbabit. hanya dengan musyawarah dapat menjernihkan keadaan. tidaklah perlu berdemonstrasi kerana itu akan mendatangkan kerugian yang lebih besar.

salam ramadhan yang ke-13.


0 Responses